Selasa, 30 November 2010

Karangan terkini

Name:Sabah Shahani
Title:DIRIKU YANG MALANG
2010-12-01 11:10
    Saya sentiasa rasa bahawa saya tidak layak hidup didunia yang indah ini, kerana sejak saya lahir saya sentiasa bernasib malang.

    Semua orang mempunyai ibu dan ayah yang sayang mereka dengan penuh kasih sayang. Sedangkan saya hanya sebatang kara yang hauskan kasih sayang, pelukan dan kebanggaan daripada ibu dan ayah saya. Saya kehilangan ibu dan ayah saya ketika saya baru melihat dunia yang indah ini. Mereka terlibat dengan kemalangan yang ngeri dan hanya saya yang terselamat.

    Ketika semua orang sibuk meraihkan hari raya, hari ibu, hari ayah, saya pula sibuk menagis kesedihan dikubur kedua ibubapa saya. Lebih malang lagi, saya tidak kenal akan saudara-mara saya. Dari kecil saya dibela oleh seoran g jururawat. Namun nasib saya tidak pernah baik apabila jururawat itu meninggal dunia ketika saya berumur 4 tahun.

    Sejak itu, saya hanya menetap dibawah jambatan usang yang buruk. Walaupun hidup saya hanya dengan bantuan orang yang membuang sisa makanan, tetapi ak tidak pernah melakukan perbuatan yang keji dan tidak bermoral.

    Aku kini sudah besar dan bekerja. Walaupun pekerjaan saya hanya sebagai pengawal, tetapi saya bersyukur dan bergembira.


 
Views by members: 0
Today's Readers: 1

Karangan bergambar

CONTOH KARANGAN
Karangan Jenis Bergambar
Karangan Bergambar Tunggal
·         Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan gambar yang telah disediakan.
·         Setiap gambar perlu dipastikan bila , di mana dan waktu supaya penulisan lebih jelas
·         Perlu meneliti seluruh gambar dengan mendalam . Pastikan apa yang berlaku, apa yang dikerjakan, dan suasana.
·         Sewaktu menulis , pastikan diri terlibat di dalam di dalam gambar, bukan sebagai pencerita dari luar atau dijadikan karangan penerangan.
·         Ceritakan peristiwa yang ada di dalam gambar tersebut dalam bentuk karangan.
Karangan Bergambar Bersiri
·         Karangan hendak berpandukan gambar-gambar yang telah disediakan.
·         Sebaik-baiknya jadikan diri kamu terlibat sama dengan cerita yang hendak ditulis.
·         Setiap perenggan berdasarkan sekeping gambar .
·         Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan peristiwa-peristiwa yang terdapat di dalam gambar-gambar tersebut mengikut urutan atau susunan.
·         Boleh menyertakan tajuk , tetapi tidak menjadi kemestian.